ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Monday 16 October 2017

Semua awak nak? Tapi..

Nak kaya?
Nak pandai?
Nak suami soleh?
Nak isteri soleh?
Nak kereta mewah?
Nak beg mahal?
Nak rumah?

Nak Itu, nak ini, semua awak nak lah senang citer.

Pecayalah awak,
awak wajib percaya yang awak tak kan dapat semua tu? Sebab?
 
Sebab awak NAK je, semua benda, Tapi awak buat apa?

Awak tak buat apa-apa kan.
Awak cuma berHARAP apa awak nak, awak akan dapat.

Haah yelah tu JANGAN HARAP!
Sila meninggal.

Nak ubah hidup, ubah karakter awak! Ye ubah diri awak tu.
Sebab tak ada orang lain yang boleh ubah awak, melainkan diri awak sendiri.

Tak percaya?
Sila baca terjemahan Quran (surah Ar-Ra'd 13:11)
.
.
*Nasihat untuk diri sendiri jugak;(

Sekian.



SISngaji

Cantik?

Cantik?

Awak,

Allah tak larang awak nak cantik-cantik hensem-hensem, cuba produk tu, cuba produk ni, demi menjaga kecantikan. Boleh awak, tapi jangan sampai mudarat diri awak, dan perkara lain terabai.
.
.
Allah suka dan Allah pemilik segala kecantikan dan Allah yang mencipta kecantikan dan keindahan yang ada di atas muka bumi ni. Termasuk la kecantikan awak,
Ye awak cantik, Awak kacak.
.
.
Tapi.. perlu kita ingat dan berjaga-jaga, jangan sesekali sombong, angkuh dan bangga sangat dengan apa yang kita miliki.
.
.
Sebab, hakikatnya kita cuma 'makanan cacing'. ;( .
ya cuma makanan cacing.



Sekian.

SISngaji

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Okeh, sebelum sis mula cerita apa yang sis nak kongsi hari ni, let me ask you something. hehe. Awak, awak tahu tak, dalam al-Quran ada berapa Juzuk?

Haha mesti ramai yang tahu jawapannya kan? haah betul la tu awak jawab. Ada 30 juzuk kesemuanya.  Ni kalau tanya budak darjah satu pun dia tahu. Brader sister malu sikit ye pada adik-adik awak.

Tapi kan awak, seandainya sahabat Nabi hidup kembali, dia tidak tahu pun yang al-quran dibahagikan kepada 30 juzuk. Kenapa? Ini kerana pembahagian kandungan al-Quran ialah hasil usaha ulama islam terkemudian.



Awak nak tahu tak, disebalik kitab yang kita baca setiap hari tu, ada banyak kisah dan sejarah yang kita tidak tahu. Kita seharusnya lebih bersyukur. Kerana apa? Kerana bila kita lahir sahaja di dunia ini, al-Quran itu sudah tersedia dan mudah dibaca. Tapi itu lah pilihan, sama ada awak baca atau sebaliknya.


Sebenarnya terdapat beberapa sistem pembahagian kandungan al-Quran. Okeh, Kenapa agaknya ulamak terdahulu berbuat begitu? Apa pun, kesemua pendekatan itu hanya berteraskan satu matlamat yang sama, iaitu untuk memudahkan pembacaan dan penghafalan kepada umat islam. Terdapat lima pembahagian kesemuanya iaitu:

Juzuk: Kandungan al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 30 juzuk. Ulamak terdahulu menggagaskan konsep ini bagi memudahkan sesiapa yang ingin melazimi khatam al-Quran setiap bulan (30 hari).

Hizb: Setiap juzuk pula dibahagikan sama banyak kepada dua bahagian yang disebut Hizb. Jadi kesemuanya ada 60 hizb. Kemungkinannnya untuk memudahkan seseorang membahagikan masanya separuh untuk dibaca pada awal hari, separuh lagi untuk dibacakan pada waktu yang lain.

Rubuk: Setiap hizb itu pula dibahagikan sama banyak kepada empat bahagian, yang disebut rubuk. Rubuk bermaksud suku.

Rukuk:Satu lagi pembahagian adalah kepada rukuk. pembahagian ini berdasarkan topik atau isu dalam satu-satu surah menurut kefahaman ulama yang menetapkannya. Pendekatan ini memudahkan penghafalan kerana boleh mengikat ayat-ayat yang dihafal kerana satu isu yang sama. Justeru satu rukuk tidak sama dengan yang lain.

Ada rukuk yang mempunyai ayat-ayat yang banyak, dan ada yang sebaliknya. Hasilnya didapati terdapat 554 rukuk kesemuanya. Simbolnya adalah huruf (ع) yang didapati di tepi muka surat.

Manzil: Al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 7 manzil. Ini bagi memudahkan sesiapa yang mengamalkan khatam al-Quran seminggu sekali (7 hari).

MasyaAllah, betapa ulamak terdahulu telah banyak mempermudahkan umat zaman ini untuk membaca, menghafal dan mengkaji al-Quran. 

Ha, kalau nak kan kepastian, cuba awak buka al-Quran sekarang dan cari pembahagian ni. InsyaAllah mesti jumpa. Sis harap info ini dapat memberi manfaat buat awak semua. 
Terima Kasih sudi baca. 

Sisngaji




Dah Baca Al-Quran?








Alhamdulillah, setakat umur 24 tahun ini sis masih mampu untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat cinta Maha Pemberi Rahmat, nikmat paling besar dalam hidup sis. Dan adalah nikmat paling best bila kita rasa nak dekat dengan al-quran, dan kita ada minat. Bila sis ingat balik sedih juga, sebab dulu sis belajar banyak perkara, di sekolah, pre-u, universiti dan bila dah habis belajar tu baru sis sedar yang semakin banyak sis belajar, semakin banyak yang sis tak praktikkan. Ya, bagi sis belajar mungkin mudah, tapi nak amal dan istiqamah tu perlu mujahadah. Ilmu didada kita juga adalah amanah. Ya, amanah, perlu kita kongsi dan sampaikan juga pada orang lain.

Awak, urus la masa muda awak dengan baik. Sebaiknya jangan pernah atau sesekali satu hari kita tinggal tanpa membaca al-Quran. Ambil masa untuk mendalami, dan memahami isi kandungannya.  
Awak, sepadat mana pun masa awak, sibuk mana pun awak dengan kerja ke, projek ke, assignment ke, event ke meeting ke, cubalah awak luangkan masa tertentu untuk membaca al-Quran. 

Cuba dan usahalah. Akan hadir ketenangan dalam hati awak, akan hadir kemudahan dalam setiap susah awak, akan hadirnya solusi untuk setiap masalah awak. Awak, Quran inilah rujukan pertama dan terbaik dalam dunia ni. 

Quran ini la sahabat kita, doktor kita, guru kita, cinta kita, everything could be inside the Quran. Terlalu luas ilmu dan konten dalam quran ni. Bacalah, tadabburlah, kajilah, fahamilah moga hati kita terus dibimbing fisabillah.

awak? Sepanjang awak hidup ni, awak dah tahu? Apa definisi sebenar al-Quran? yela, mungkin kita baca kitab ni hari-hari, tapi kita tak sedar dan tak tahu pun apa yang kita baca ni. Serba sedikit kita kena ambil tahu juga.

Alhamdulillah bagi yang dah tahu. dan tidak mengapa, buat awak yang belum tahu, sis akan kongsikan. Nampak macam mudah bila kita sebut soal definisi Quran. Penting bagi seorang muslim untuk tahu definisi sebenar al-Quran. kenapa? supaya kita lebih faham, dan sedar akan kepentingannya.

Al-Quran itu kitab apa sebenarnya? 

Banyak jawapan spontan yang akan kita dapat. Ada yang jawab mudah bersahaja, ada yang lebih panjang dan ada juga yang jawab berjela-jela.

Andai kita kata al-Quran itu kalamullah (kata-kata Allah), Injil, Taurat juga kalam Allah. Jadi, kurang tepat.Kalau kata al-Quran itu wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, hadis-hadis juga wahyu Allah. Juga tak berapa tepat.

Definisi yang disepakati oleh majorit ulama adalah seperti berikut:

“Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW diriwayatkan secara mutawatir, membacanya dikira ibadah.” 

Definisi inilah yang menentukan bezanya al-Quran dengan perkara lain. 

Apabila disebut al-Quran “kalamullah” (kata-kata Allah), maka tetaplah bahawasanya al-Quran bukannya kata-kata mana-mana makhluk, tidak kira malaikat, manusia, jin dan selainnya.

Apabila disebut al-Quran “diturunkan kepada Nabi Muhammad saw” maka ini membezakan al-Quran daripada zabur, Taurat, Injil dan semua yang diturunkan kepada para nabi dan rasul yang lain.
 
Apabila disebut al-Quran “diriwayatkan secara mutawatir”, maka tetaplah ia berbeza daripada bentuk wahyu lain yang turut diterima oleh Nabi Muhammad SAW seperti hadis Qudsi dan hadis Nabawi. 

So, ini antara ulasan ringkas daripada sis, sis harap awak semua dapat sesuatu daripada penulisan sis ini. kalau awak ada kemusykilan atau ingin pencerahan lebih lanjut. Jangan malu-malu untuk kongsi dengan sis okeh. 

Sekian, thanks.

sisngaji