ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Friday 8 March 2013

ibu......





BERKAT DOA IBU

JURAIJ ADALAH SEORANG HAMBA YANG TAAT BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT. WALAUPUN IBUNYA MASIH HIDUP, BELIAU LEBIH BANYAK MENGHABISKAN MASA DI SEBUAH PONDOK YANG DIDIRIKAN BAGI MELAKUKAN PELBAGAI AMALAN YANG MENDEKATKANNYA KEPADA TUHANNYA.

    Suatu hari, ibu juarij datang ke pondok beliau untuk berjumpa dengannya sedangkan beliau sedang mengerjakan solat sunat. Lalu ibunya memanggil namanya”Wahai juraij!” . juraij mendengar panggilan ibunya namun beliau berasa serba salah, “ ibuku atau solatku”? katanya di dalam hati.
    Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya dan tidak menyahut panggilan ibunya. Tetapi, ibunya terus memanggil juraij. Sama seperti sebelumnya, setiap kali mendengar panggilan si ibu, juraij berasa serba salah namun tetap meneruskan solat. Setelah panggilan ketiga tidak dijawab, ibu juraij berkata, “ semoga Allah swt tidak mematikanmu sehingga kamu dapat melihat wajah pelacur,” kemudian ibunya berlalu pulang ke rumah.
    Pada masa tersebut, terdapat seorang wanita yang telah berzina dengan seorang penggembala yang tinggal berhanpiran dengan pondok juraij dan melahirkan seorang anak. Wanita tersebut di bawa berhadapan raja lalu ditanya, “anak siapa ini?” dia menjawab, “ anak juraij”.
    Raja bertanya lagi, “ pemilik pondok itu?” Dia menjawab “ya”. Mendengar jawapannya, raja terus memerintahkan agar pondok juraij dirobohkan dan beliau diikat serta dibawa menghadapnya. Dalam perjalanan, beliau telah melalui sekumpulan manusia dan melihat para pelacur dikalangan mereka turut berada bersama.
     Sampai di hadapan raja, beliau ditanya tentang pertuduhan yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan penuh ketenangan, beliau meminta agar dibawakan si anak kepadanya lalu dia ditanya “ sipakah ayahmu?” Denagn kekuasaan Allah swt, bayi tersebut menjawab, “ si pengembala lembu.”
Raja dan orang ramai berasa terkejut dengan apa yang berlaku lalu menyesali terhadap tuduhan palsu yang dilakukan ke atas juraij. Untuk menebus kesalahan, raja bertanya kepada juraij, “ adakah kami perlu membina  semula pondokmu daripada emas?” Jawab juraij, “tidak”.
         “Daripada perak?”
          “Tidak,”
“Maka bagaimana kami perlu membinanya?” Beliau menjawab, “ kembalikan semula seperti keadaan asal.”
    Tetapi mereka melihatnya tiba-tiba tersenyum lalu si raja bertanya, “apayang engkau senyumkan?” Beliau berkata, “ kerana satu perkara yang aku sedari, doa ibuku telah menimpa diriku.” Lalu beliau menceritakan kisah tersebut kepada mereka.   



*sama2 lah kita ambil pengajaran drp kisah ni....

~hamba yg lemah~