Nak kaya?
Nak pandai?
Nak suami soleh?
Nak isteri soleh?
Nak kereta mewah?
Nak beg mahal?
Nak rumah?
Nak Itu, nak ini, semua awak nak lah senang citer.
Pecayalah awak,
awak wajib percaya yang awak tak kan dapat semua tu? Sebab?
Sebab awak NAK je, semua benda, Tapi awak buat apa?
Awak tak buat apa-apa kan.
Awak cuma berHARAP apa awak nak, awak akan dapat.
Haah yelah tu JANGAN HARAP!
Sila meninggal.
Nak ubah hidup, ubah karakter awak! Ye ubah diri awak tu.
Sebab tak ada orang lain yang boleh ubah awak, melainkan diri awak sendiri.
Tak percaya?
Sila baca terjemahan Quran (surah Ar-Ra'd 13:11)
.
.
*Nasihat untuk diri sendiri jugak;(
Sekian.
SISngaji
Monday 16 October 2017
Cantik?
Cantik?
Awak,
Allah tak larang awak nak cantik-cantik hensem-hensem, cuba produk tu, cuba produk ni, demi menjaga kecantikan. Boleh awak, tapi jangan sampai mudarat diri awak, dan perkara lain terabai.
.
.
Allah suka dan Allah pemilik segala kecantikan dan Allah yang mencipta kecantikan dan keindahan yang ada di atas muka bumi ni. Termasuk la kecantikan awak,
Ye awak cantik, Awak kacak.
.
.
Tapi.. perlu kita ingat dan berjaga-jaga, jangan sesekali sombong, angkuh dan bangga sangat dengan apa yang kita miliki.
.
.
Sebab, hakikatnya kita cuma 'makanan cacing'. ;( .
ya cuma makanan cacing.
Sekian.
SISngaji
Awak,
Allah tak larang awak nak cantik-cantik hensem-hensem, cuba produk tu, cuba produk ni, demi menjaga kecantikan. Boleh awak, tapi jangan sampai mudarat diri awak, dan perkara lain terabai.
.
.
Allah suka dan Allah pemilik segala kecantikan dan Allah yang mencipta kecantikan dan keindahan yang ada di atas muka bumi ni. Termasuk la kecantikan awak,
Ye awak cantik, Awak kacak.
.
.
Tapi.. perlu kita ingat dan berjaga-jaga, jangan sesekali sombong, angkuh dan bangga sangat dengan apa yang kita miliki.
.
.
Sebab, hakikatnya kita cuma 'makanan cacing'. ;( .
ya cuma makanan cacing.
Sekian.
SISngaji
Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran
Okeh,
sebelum sis mula cerita apa yang sis nak kongsi hari ni, let me ask you
something. hehe. Awak, awak tahu tak, dalam al-Quran ada berapa Juzuk?
Haha
mesti ramai yang tahu jawapannya kan? haah betul la tu awak jawab. Ada
30 juzuk kesemuanya. Ni kalau tanya budak darjah satu pun dia tahu.
Brader sister malu sikit ye pada adik-adik awak.
Tapi kan awak, seandainya sahabat Nabi hidup kembali, dia tidak tahu pun yang al-quran
dibahagikan kepada 30 juzuk. Kenapa? Ini kerana pembahagian kandungan
al-Quran ialah hasil usaha ulama islam terkemudian.
Awak nak tahu tak, disebalik kitab yang kita baca setiap hari tu, ada banyak
kisah dan sejarah yang kita tidak tahu. Kita seharusnya lebih bersyukur. Kerana
apa? Kerana bila kita lahir sahaja di dunia ini, al-Quran itu sudah tersedia
dan mudah dibaca. Tapi itu lah pilihan, sama ada awak baca atau sebaliknya.
Sebenarnya
terdapat beberapa sistem pembahagian kandungan al-Quran. Okeh, Kenapa
agaknya ulamak terdahulu berbuat begitu? Apa pun, kesemua pendekatan itu
hanya
berteraskan satu matlamat yang sama, iaitu untuk memudahkan pembacaan
dan
penghafalan kepada umat islam. Terdapat lima pembahagian kesemuanya
iaitu:
Juzuk: Kandungan al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 30 juzuk. Ulamak
terdahulu menggagaskan konsep ini bagi memudahkan sesiapa yang ingin melazimi
khatam al-Quran setiap bulan (30 hari).
Hizb: Setiap juzuk pula dibahagikan sama banyak kepada dua bahagian
yang disebut Hizb. Jadi kesemuanya ada 60 hizb. Kemungkinannnya untuk
memudahkan seseorang membahagikan masanya separuh untuk dibaca pada awal hari,
separuh lagi untuk dibacakan pada waktu yang lain.
Rubuk: Setiap hizb itu pula dibahagikan sama banyak kepada empat
bahagian, yang disebut rubuk. Rubuk bermaksud suku.
Rukuk:Satu lagi pembahagian adalah kepada rukuk. pembahagian ini
berdasarkan topik atau isu dalam satu-satu surah menurut kefahaman ulama yang
menetapkannya. Pendekatan ini memudahkan penghafalan kerana boleh mengikat
ayat-ayat yang dihafal kerana satu isu yang sama. Justeru satu rukuk tidak sama
dengan yang lain.
Ada rukuk yang mempunyai ayat-ayat
yang banyak, dan ada yang sebaliknya. Hasilnya didapati terdapat 554 rukuk
kesemuanya. Simbolnya adalah huruf (ع)
yang didapati di tepi muka surat.
Manzil: Al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 7 manzil.
Ini bagi memudahkan sesiapa yang mengamalkan khatam al-Quran seminggu sekali (7
hari).
MasyaAllah, betapa ulamak terdahulu telah banyak mempermudahkan umat zaman ini untuk membaca, menghafal dan mengkaji al-Quran.
Ha, kalau nak kan kepastian, cuba awak buka al-Quran sekarang dan cari pembahagian ni. InsyaAllah mesti jumpa. Sis harap info ini dapat memberi manfaat buat awak semua.
Terima Kasih sudi baca.
Sisngaji
Dah Baca Al-Quran?
Alhamdulillah, setakat umur 24 tahun ini sis masih mampu untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat cinta Maha Pemberi Rahmat, nikmat paling besar dalam hidup sis. Dan adalah nikmat paling best bila kita rasa nak dekat dengan al-quran, dan kita ada minat. Bila sis ingat balik sedih juga, sebab dulu sis belajar banyak perkara, di sekolah, pre-u, universiti dan bila dah habis belajar tu baru sis sedar yang semakin banyak sis belajar, semakin banyak yang sis tak praktikkan. Ya, bagi sis belajar mungkin mudah, tapi nak amal dan istiqamah tu perlu mujahadah. Ilmu didada kita juga adalah amanah. Ya, amanah, perlu kita kongsi dan sampaikan juga pada orang lain.
Awak, urus la masa
muda awak dengan baik. Sebaiknya jangan pernah atau sesekali satu hari kita
tinggal tanpa membaca al-Quran. Ambil masa untuk mendalami, dan memahami isi
kandungannya.
Awak, sepadat mana
pun masa awak, sibuk mana pun awak dengan kerja ke, projek ke, assignment ke,
event ke meeting ke, cubalah awak luangkan masa tertentu untuk membaca
al-Quran.
Cuba dan usahalah.
Akan hadir ketenangan dalam hati awak, akan hadir kemudahan dalam setiap susah
awak, akan hadirnya solusi untuk setiap masalah awak. Awak, Quran inilah
rujukan pertama dan terbaik dalam dunia ni.
Quran ini la sahabat
kita, doktor kita, guru kita, cinta kita, everything could be inside the Quran.
Terlalu luas ilmu dan konten dalam quran ni. Bacalah, tadabburlah, kajilah,
fahamilah moga hati kita terus dibimbing fisabillah.
awak? Sepanjang awak
hidup ni, awak dah tahu? Apa definisi sebenar al-Quran? yela, mungkin kita baca
kitab ni hari-hari, tapi kita tak sedar dan tak tahu pun apa yang kita baca ni.
Serba sedikit kita kena ambil tahu juga.
Alhamdulillah bagi
yang dah tahu. dan tidak mengapa, buat awak yang belum tahu, sis akan
kongsikan. Nampak macam mudah bila kita sebut soal definisi Quran. Penting bagi
seorang muslim untuk tahu definisi sebenar al-Quran. kenapa? supaya kita lebih
faham, dan sedar akan kepentingannya.
Al-Quran itu kitab apa
sebenarnya?
Banyak jawapan
spontan yang akan kita dapat. Ada yang jawab mudah bersahaja, ada yang lebih
panjang dan ada juga yang jawab berjela-jela.
Andai kita kata
al-Quran itu kalamullah (kata-kata Allah), Injil, Taurat juga kalam Allah.
Jadi, kurang tepat.Kalau kata al-Quran itu wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw, hadis-hadis juga wahyu Allah. Juga tak berapa tepat.
Definisi yang
disepakati oleh majorit ulama adalah seperti berikut:
“Al-Quran ialah
kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW diriwayatkan secara
mutawatir, membacanya dikira ibadah.”
Definisi inilah yang menentukan bezanya al-Quran dengan perkara lain.
Apabila disebut
al-Quran “kalamullah” (kata-kata Allah), maka tetaplah bahawasanya al-Quran
bukannya kata-kata mana-mana makhluk, tidak kira malaikat, manusia, jin dan
selainnya.
Apabila disebut
al-Quran “diturunkan kepada Nabi Muhammad saw” maka ini membezakan al-Quran
daripada zabur, Taurat, Injil dan semua yang diturunkan kepada para nabi dan
rasul yang lain.
Apabila disebut
al-Quran “diriwayatkan secara mutawatir”, maka tetaplah ia berbeza daripada
bentuk wahyu lain yang turut diterima oleh Nabi Muhammad SAW seperti hadis
Qudsi dan hadis Nabawi.
So, ini antara
ulasan ringkas daripada sis, sis harap awak semua dapat sesuatu daripada
penulisan sis ini. kalau awak ada kemusykilan atau ingin pencerahan lebih
lanjut. Jangan malu-malu untuk kongsi dengan sis okeh.
Sekian, thanks.
sisngaji
Subscribe to:
Posts (Atom)