detik demi detik..... sudah hampir masuk nisfu sya'ban.... malam yang penuh kemuliaan, berkat dan rahmat bagi kita semua sebagai umat islam.
mungkin ada di kalangan kita yang ingat dan mungkin juga yang hampir lupa akan tanggal 15 sya'ban ....... @ nisfu Sya'ban.....
“NISFU SYA’BAN ADALAH PERISTIWA HARI KE -15 DALAM BULAN SYA’BAN TAHUN HIJRAH. UMAT ISLAM MEMPERCAYAI YANG PADA MALAM NISFU SYA’BAN, AMALAN AKAN DIBAWA NAIK OLEH MALAIKAT UNTUK DITUKAR DENGAN LEMBARAN AMALAN YANG BARU SETELAHSETAHUN BERLALU. NISFU SYA’BAN BERERTI SETENGAH BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN ADALAH MALAM KE -15 SYA’BAN IAITU SIANGNYA 14 HARI BULAN SYA’BAN. MALAM NISFU SYA’BAN MERUPAKAN MALAM YANG PENUH BERKAT DAN RAHMAT SELEPAS MALAM LAILATUL QADAR.”
Nabi Muhammad menggalakkan umatnya untuk bangun malam
dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat
dalam keadaan tidur atau lalai.
Saidatina Aisyah RHA meriwayatkan bahawa nabi SAW
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi RA :
“Rasulullah SAW telah bangun pada malam nisfu
sya’ban dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau
telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW
da bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam
sujudnya:
“ya Allah aku pohonkan kemaafaN-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku
pohonkan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung daripadai-Mu.
Tidaklah terhitung pujian keatas –Mu, engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke
atas zat-Mu.”
Baginda Rasulullah SAW sendiri telah menggalakkan kita
agar beramal pada malam kemuliaan Nisfu Sya’ban dengan sabdanya:
“apabila tiba malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kalian bangun pada
malamnya (dengan melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya. Ini kerana Allah
(turun merahmati hamba-hambanya) pada malam tersebut mulai terbenamnya matahari
ke langit dunia. Allah SWT berfirman:
“adakah
daripada kalangan hamba-hamba-Ku yang memohon keampunan, maka akan- Ku
ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki, maka akan ku
turunkan rezki untuknya. Adakah di kalangan mereka yang ditimba bala, maka
akan-Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah
dari kalangan mereka yang begini sehinggalah terbit fajar.”
Rasulullah SAW sangat gemar berpuasa suanat dalam
bulan sya’ban berbanding bulan-bulan lain… justeru itu, marilah sama-sama kita
mencontohi baginda bagi menyemarakkan dan mengagungkan bulan Sya’ban ini.
Dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis
yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang
siapa berpuasa 3 hari pada permulaan Sya’ban dan 3 hari pada pertengahan Sya’ban da 3 hari pada akhir Sya’ban, maka
Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti 70 nabi dan seperti orang-orang yang
beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun
itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Subhanallah!!!!
Sungguh Agung kebesaran dan kemuliaan- Mu…..sesungguhnya Kasih Allah pada hambanya tidak mampu dihitung............
Kita juga digalakkan untuk melakukan taubat kepada
Allah SWT . diriwayatkan dari Umamah al- Bahili RA , dia berkata, rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya:
“manakala
masuk bulan Sya’ban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.
Daripada Abu Darda’ RA , bahawa Nabi SAW bersabda:
“pada
malam nisfu Sya’ban, Allah memerintahkan para malaikatnya turun ke langit
dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hambanya, Maka Allah mengampunkan
orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang
bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan
mencukupkan keperluan orang yang bertawakal. Dia juga meminggirkan orang-orang
yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan
dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan
orang yang membunuh jiwa orang yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang
memutuskan silaturrahim.”
Doa baginda
Rasulullah RAW:
“ Ya Allah, kurnikanlah kepadaku hati yang
bertaqwa, suci bersih , tidak kufur dan tidak celaka.”
Waallahualam……
semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat….
Untuk kita semua…… jangan sia-siakan tawaran Yang ALLAH kurniakan…..
sesungguhnya itu lah antara tanda kasih ALLAH kepada kita sebagai hambanya…… =)
rebutlah CINTA-NYA ….. capailah REDA-NYA……
agar kita peroleh SYURGA-NYA….
renung2kan dan selamat beramal....... ^ - ^
mohon maaf jika ada kesilapan @ kesalahan....
mohon teguran dan nasihat..... sukran....