ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Monday 16 October 2017

Banyak lagi yang awak perlu tahu tentang al-Quran

Okeh, sebelum sis mula cerita apa yang sis nak kongsi hari ni, let me ask you something. hehe. Awak, awak tahu tak, dalam al-Quran ada berapa Juzuk?

Haha mesti ramai yang tahu jawapannya kan? haah betul la tu awak jawab. Ada 30 juzuk kesemuanya.  Ni kalau tanya budak darjah satu pun dia tahu. Brader sister malu sikit ye pada adik-adik awak.

Tapi kan awak, seandainya sahabat Nabi hidup kembali, dia tidak tahu pun yang al-quran dibahagikan kepada 30 juzuk. Kenapa? Ini kerana pembahagian kandungan al-Quran ialah hasil usaha ulama islam terkemudian.



Awak nak tahu tak, disebalik kitab yang kita baca setiap hari tu, ada banyak kisah dan sejarah yang kita tidak tahu. Kita seharusnya lebih bersyukur. Kerana apa? Kerana bila kita lahir sahaja di dunia ini, al-Quran itu sudah tersedia dan mudah dibaca. Tapi itu lah pilihan, sama ada awak baca atau sebaliknya.


Sebenarnya terdapat beberapa sistem pembahagian kandungan al-Quran. Okeh, Kenapa agaknya ulamak terdahulu berbuat begitu? Apa pun, kesemua pendekatan itu hanya berteraskan satu matlamat yang sama, iaitu untuk memudahkan pembacaan dan penghafalan kepada umat islam. Terdapat lima pembahagian kesemuanya iaitu:

Juzuk: Kandungan al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 30 juzuk. Ulamak terdahulu menggagaskan konsep ini bagi memudahkan sesiapa yang ingin melazimi khatam al-Quran setiap bulan (30 hari).

Hizb: Setiap juzuk pula dibahagikan sama banyak kepada dua bahagian yang disebut Hizb. Jadi kesemuanya ada 60 hizb. Kemungkinannnya untuk memudahkan seseorang membahagikan masanya separuh untuk dibaca pada awal hari, separuh lagi untuk dibacakan pada waktu yang lain.

Rubuk: Setiap hizb itu pula dibahagikan sama banyak kepada empat bahagian, yang disebut rubuk. Rubuk bermaksud suku.

Rukuk:Satu lagi pembahagian adalah kepada rukuk. pembahagian ini berdasarkan topik atau isu dalam satu-satu surah menurut kefahaman ulama yang menetapkannya. Pendekatan ini memudahkan penghafalan kerana boleh mengikat ayat-ayat yang dihafal kerana satu isu yang sama. Justeru satu rukuk tidak sama dengan yang lain.

Ada rukuk yang mempunyai ayat-ayat yang banyak, dan ada yang sebaliknya. Hasilnya didapati terdapat 554 rukuk kesemuanya. Simbolnya adalah huruf (ع) yang didapati di tepi muka surat.

Manzil: Al-Quran dibahagikan sama banyak kepada 7 manzil. Ini bagi memudahkan sesiapa yang mengamalkan khatam al-Quran seminggu sekali (7 hari).

MasyaAllah, betapa ulamak terdahulu telah banyak mempermudahkan umat zaman ini untuk membaca, menghafal dan mengkaji al-Quran. 

Ha, kalau nak kan kepastian, cuba awak buka al-Quran sekarang dan cari pembahagian ni. InsyaAllah mesti jumpa. Sis harap info ini dapat memberi manfaat buat awak semua. 
Terima Kasih sudi baca. 

Sisngaji




No comments:

Post a Comment