ومن يتق الله يجعل له محرج # ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه, إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا #

Monday 16 October 2017

Dah Baca Al-Quran?








Alhamdulillah, setakat umur 24 tahun ini sis masih mampu untuk membaca dan mengalunkan ayat-ayat cinta Maha Pemberi Rahmat, nikmat paling besar dalam hidup sis. Dan adalah nikmat paling best bila kita rasa nak dekat dengan al-quran, dan kita ada minat. Bila sis ingat balik sedih juga, sebab dulu sis belajar banyak perkara, di sekolah, pre-u, universiti dan bila dah habis belajar tu baru sis sedar yang semakin banyak sis belajar, semakin banyak yang sis tak praktikkan. Ya, bagi sis belajar mungkin mudah, tapi nak amal dan istiqamah tu perlu mujahadah. Ilmu didada kita juga adalah amanah. Ya, amanah, perlu kita kongsi dan sampaikan juga pada orang lain.

Awak, urus la masa muda awak dengan baik. Sebaiknya jangan pernah atau sesekali satu hari kita tinggal tanpa membaca al-Quran. Ambil masa untuk mendalami, dan memahami isi kandungannya.  
Awak, sepadat mana pun masa awak, sibuk mana pun awak dengan kerja ke, projek ke, assignment ke, event ke meeting ke, cubalah awak luangkan masa tertentu untuk membaca al-Quran. 

Cuba dan usahalah. Akan hadir ketenangan dalam hati awak, akan hadir kemudahan dalam setiap susah awak, akan hadirnya solusi untuk setiap masalah awak. Awak, Quran inilah rujukan pertama dan terbaik dalam dunia ni. 

Quran ini la sahabat kita, doktor kita, guru kita, cinta kita, everything could be inside the Quran. Terlalu luas ilmu dan konten dalam quran ni. Bacalah, tadabburlah, kajilah, fahamilah moga hati kita terus dibimbing fisabillah.

awak? Sepanjang awak hidup ni, awak dah tahu? Apa definisi sebenar al-Quran? yela, mungkin kita baca kitab ni hari-hari, tapi kita tak sedar dan tak tahu pun apa yang kita baca ni. Serba sedikit kita kena ambil tahu juga.

Alhamdulillah bagi yang dah tahu. dan tidak mengapa, buat awak yang belum tahu, sis akan kongsikan. Nampak macam mudah bila kita sebut soal definisi Quran. Penting bagi seorang muslim untuk tahu definisi sebenar al-Quran. kenapa? supaya kita lebih faham, dan sedar akan kepentingannya.

Al-Quran itu kitab apa sebenarnya? 

Banyak jawapan spontan yang akan kita dapat. Ada yang jawab mudah bersahaja, ada yang lebih panjang dan ada juga yang jawab berjela-jela.

Andai kita kata al-Quran itu kalamullah (kata-kata Allah), Injil, Taurat juga kalam Allah. Jadi, kurang tepat.Kalau kata al-Quran itu wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, hadis-hadis juga wahyu Allah. Juga tak berapa tepat.

Definisi yang disepakati oleh majorit ulama adalah seperti berikut:

“Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW diriwayatkan secara mutawatir, membacanya dikira ibadah.” 

Definisi inilah yang menentukan bezanya al-Quran dengan perkara lain. 

Apabila disebut al-Quran “kalamullah” (kata-kata Allah), maka tetaplah bahawasanya al-Quran bukannya kata-kata mana-mana makhluk, tidak kira malaikat, manusia, jin dan selainnya.

Apabila disebut al-Quran “diturunkan kepada Nabi Muhammad saw” maka ini membezakan al-Quran daripada zabur, Taurat, Injil dan semua yang diturunkan kepada para nabi dan rasul yang lain.
 
Apabila disebut al-Quran “diriwayatkan secara mutawatir”, maka tetaplah ia berbeza daripada bentuk wahyu lain yang turut diterima oleh Nabi Muhammad SAW seperti hadis Qudsi dan hadis Nabawi. 

So, ini antara ulasan ringkas daripada sis, sis harap awak semua dapat sesuatu daripada penulisan sis ini. kalau awak ada kemusykilan atau ingin pencerahan lebih lanjut. Jangan malu-malu untuk kongsi dengan sis okeh. 

Sekian, thanks.

sisngaji












No comments:

Post a Comment